Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Sebagai bekas pelakon, MP Lembah Pantai sedia perjuangkan nasib artis

Sebagai bekas pelakon, MP Lembah Pantai sedia perjuangkan nasib artis Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2018 3:27 PM Oleh: NUR ASYIKIN MAYUDIN asyikin@thestar.com.my Fahmi Fadzil (kiri) sempat bergambar dengan aktor Farid Kamil. FOTO: Nur Asyikin Mayudin (Ubah saiz teks) KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan sesi pertemuannya bersama anak seni pada Rabu bukan untuk melobi sebagai calon menteri bagi kementerian berkaitan kesenian. Fahmi, 37, berkata dia tidak kisah jika tiada jawatan dalam kerajaan namun hanya ingin memperjuangkan nasib penggiat seni tempatan. “Tidak ada isu melobi diri untuk jadi menteri. Jadi ahli parlimen atau tidak, itu bukan keutamaan saya. “Apa yang penting niat saya mahu memperjuangkan nasib anak-anak seni. Lagi pun majlis ini bukan saya yang anjurkan tapi saya dijemput untuk hadir. “Bagi saya, alangkan baik semua wakil rakyat berkumpul dalam pertemuan sebegini dengan penggiat seni,” kata Fahmi kepada mStar Online. Fahmi Fadzil...

PKR bergerak pantas di Lembah Pantai

PETALING JAYA: PKR memulakan pemeriksaan dari rumah ke rumah di Parlimen Lembah Pantai untuk mengeluarkan pengundi ragu dari medan perlawanan paling sengit di Kuala Lumpur. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mendakwa sejumlah besar pengundi dimasukkan ke pangsapuri kos rendah di situ sejak 2016. “Mereka digerakkan bawah suatu operasi poilitik,” katanya kepada FMT. “Kita sudah mengatur gerakkan aktivis akar umbi dan orang tempatan untuk menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah di situ dan meleakkan langkah-langkah tertentu untuk menangani pengundi ragu.” Kawasan Parlimen itu meliputi Kampung Sentona, Bangsar, Travers, Brickfields, Pantai Dalam, Kampung Bahagia, Kampung Bohol dan bahagian tertentu dalam Petaling dan Petaling Selatan.